Tuesday, February 9, 2010

KEJAYAAN ADALAH SATU TOPIK PEMBELAJARAN KHUSUS

Dan untuk menjadi kaya dengan mudah dan cepat anda hanya perlukan satu idea yang hebat. dan perkara utama yang anda perlukan adalah :

1. Anda hanya perlukan pengetahuan.

2. Anda hanya perlu gunakan...


LANGKAH PERTAMA: MULA NIAGA (IDEA)
Sebelum memulakan perniagaan, apa yang penting anda perlukan adalah idea perniagaan itu sendiri.Ini kerana dengan sebuah idea yang baik ia akan menghasil pendapatan yang lumayan untuk diri anda. ia juga boleh merubahnasib anda dengan sekelip mata . Jadi dalam menghasilkan sesebuah idea yang baik ia memerlukan daya kretif seseorang untuk
menzahirkanya. Tetapi jangan bimbang dengan melayari laman blog ini ia diharap dapat memberikan anda tips idea niaga yang mampumerubah nasib diri dan keluarga anda.Insyaallah.....

EMPAT SUMBER ASAS MENGENAL PASTI IDEA NIAGA

1- Melalui minat atau hobi anda sendiri.
Satu sumber utama yang boleh membawa kepada idea niaga yang kreatif ialah minat yang timbuk sejak kecil lagi.misalnya anda memang minat menjahit. Minat ini boleh dikembangkan bukan hanya mengambil tempahan dari jiran terdekat tetapi anda boleh menjadi pereka fesyen, pengilang pakaian, pengusaha batik, pengimpot pakaian kanak-kanak, atauanda boleh menjadi pemborong pakaian dari china. Yang pentingnya anda boleh kembangkan minat atau hobi anda ke pelbagai bidang yang berkaitan

2- Ketika menghadapi masalah.
Masalah yang anda hadapi mungkin boleh menjadi unsur untuk mendapatkan idea inovatif untuk memulakan niaga. Contoh yang dapat berikan disini adalah pengalaman pekerja gali minyak di pantai timur. Oleh kerana alatan yang di pegang sentiasa berminyak mereka memerlukan alas untuk memegang dengan baik dan kemas untuk memudahkan kerja mereka. masalah yang mereka hadapi adalah alas untuk digunakan, jadi selepas pulang ke bandar mereka berjumpa dengan pengusaha kain batik dan membeli kain perca untuk dijadikan alas. Sesungguhnya ia bukan sahaja memberikan sumber pendapatan lumayan malah menyelesaikan masalahpembuangan kain perca.

3- Mempelbagaikan kegunaan barang.
Masyarakat kini sudah biasa mengunakan satu alat untuk satu kegunaan, Jarang sekali kita memikirkan kegunaan tambahan untuk sesuatu alat. saya pernah melhat pelajar mengunakan sarung kaset terpakai sebagai tempat meletakan surat. Ini juga merupakan satu lagi sumber
idea niaga yang boleh mempelbagaikan sumber sedia ada. dengan sedikit tambahan cita rasa komersil, barangan tersebut pasti ada pasaranya.

4- Pengunaan sepenuhnya perkembangan teknologi.
Teknologi berkembang dengan pantas tidak akan menjadi manfaat sekiranya kita tidak gunakanya. Pengunaan internet kini telah banyak merubah kehidupan masyarakat kita. Banyak peluang perniagaan baru wujud dengan pesatnya akibat pengunaan internet ini.Perniagaan online dilihat akan mengantikan perniagaan yang dijalankan sekarang. Ia juga memberikan pasaran yang cukup luas kepada pemiliknya. Kita boleh memulakan niaga intenet ini dengan modal perniagaan yang minima, kawasan liputan pasaran yang luas dan perniagaan kita beroperasi 24 jam sehari tanpa henti dan cuti. Oleh itu marilah kita menjadi antara mereka yang terawal yang memulakan perniagaan online ini. Dalam laman blog ini anda akan diberikan idea niaga yang anda boleh gunakan untuk memulakan niaga anda dan pastinya akan merubah hidup anda selama-lamanya.

Kesimpulan
Apa yang penting untuk memulakan niaga jutawan adalah idea itu sendiri. ia adalah penentu kejayaan perniagaan anda. Tapi apa yang paling penting adalah kita tidak perlu mengikut apa yang orang lain buat semata-mata kerana perniagaanya maju, Apa yang penting ialah mencari idea yang inovatif yang boleh berikan anda peluang dan kelebihan sewaktu menghadapi persaingan senggit dalam dunia perniagaan.

No comments:

Post a Comment